Home » Langit Terbuka » Kerajaan kaji kemungkinan benar warga emas tunaikan haji lebih awal

Kerajaan kaji kemungkinan benar warga emas tunaikan haji lebih awal

Dasar membenarkan warga emas memotong giliran belum dilaksanakan Tabung Haji, namun sedia dikaji untuk pelaksanaan masa akan datang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Awani

PETALING JAYA – Mereka yang mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji pada bulan ini perlu menunggu 120 tahun untuk menunaikan haji, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Oleh itu, katanya, kerajaan sedia mengkaji kemungkinan membenarkan warga emas memotong giliran menunaikan haji lebih awal berbanding jadual asal pada masa depan.

Beliau berkata, perkara itu bukan dasar TH buat masa ini kerana fokus kerajaan ketika ini ialah mencari jalan memendekkan tempoh menunggu giliran haji, termasuk memohon kuota tambahan setiap tahun.

“Setakat ini, (perkara) sedang dikaji adalah bagaimana nak kurangkan tempoh menunggu, antara perkara dilaksanakan ialah menghentikan pendaftaran haji kali ke-2, itu juga boleh memendekkan tempoh menunggu.

“Tetapi untuk warga emas, potong giliran itu belum diletakkan sebagai dasar dalam Tabung Haji, namun boleh dikaji sebagai dasar pada masa depan,” katanya dipetik Bernama pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab celahan Yang Dipertua Dewan Negara, SA Vigneswaran yang ingin tahu jika perkara itu merupakan dasar TH. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *