Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak santuni mangsa kebakaran di rumah panjang Engkilili

YADIM Sarawak santuni mangsa kebakaran di rumah panjang Engkilili

SRI AMAN – Sukarelawan Al Rahmah Sri Aman, dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita Cawangan Klassen dan Sri Aman pada 30 Julai 2019 telah menyantuni mangsa kebakaran Rumah Panjang Lepang Sayat Engkilili di sini yang kini sehelai sepinggang dalam kejadian pada 15 Julai lalu.

Penyelaras program, Subri Rafaee dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak telah menyampaikan sumbangan barangan makanan dan pakaian untuk 26 keluarga kepada Tuai Rumah Panjang berkenaan, Lepang Anak Gerang yang mewakili mangsa.

Pakaian terpakai tersebut merupakan sumbangan orang ramai di Pusat Pemindahan sementara di Gereja St. John Engkilili.

Sumbangan disampaikan tanpa mengira latar belakang agama, sesuai dengan amalan Islam sebagai agama yang rahmah.

Lepang ketika ditemui memberitahu, kejadian berlaku sangat pantas dan mereka tidak sempat menyelamatkan barangan berharga dari kediaman masing masing.

Menurutnya, rumah panjang separa konkrit yang memuatkan kira kira 137 orang itu musnah sama sekali dalam hanya 30 minit.

Kebakaran jelasnya, dipercayai berpunca daripada dapur kayu rumah kedua sebelum merebak dengan pantas ke keseluruhan rumah panjang.

Tambahnya, jarak bandar Sri Aman yang memakan masa perjalanan selama lebih sejam juga menyebabkan bomba tidak sempat sampai untuk memadamkan kebakaran kediaman yang diduduki sejak 2001 itu.

Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur kerana tiada nyawa yang terkorban dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *