Home » Citra Yadim » Hari kedua Ziarah Rahmah ke Sabah

Hari kedua Ziarah Rahmah ke Sabah

TUARAN- Hari kedua program YADIM Peduli, Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah di Sabah bermula seawal jam 8 pagi dengan Ziarah Rahmah pesakit di Klinik Kesihatan Tamparuli di sini.

Kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Muhammad Hafiz Musa telah beramah mesra dan menghulurkan pek sarapan kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Ar Rahmah YADIM, Shahrizal Mat dan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

YADIM kemudiannya telah ke Kundasang untuk melaksanakan Ziarah Rahmah Kelas Pengajian Dakwah Daie di Kampung Kauluan.

Dalam program di Surau At Tawwar di kampung berkenaan, YADIM Sabah telah beramah mesra dan menyantuni komunitinya dalam satu majlis ringkas. Kampung ini merupakan lokasi untuk program Ibadah Qurban YADIM dan Muslim Volunteers Malaysia MVM kelak .

Sebanyak dua ekor lumba berjaya disumbangkan untuk ibadah qurban menerusi usaha YADIM dan MVM itu.

Program kemudian diteruskan dengan Ziarah Rahmah dan menyampaikan sumbangan untuk 20 keluarga muslim dan bukan Muslim di Kelas Pengajian Dakwah Daie Kampung Lungkidau, Ranau.

Amalan pemberian sumbangan tanpa mengira latar belakang agama ini selaras dengan hasrat menonjolkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat untuk semua.

Program dua hari ini dilihat mencapai objektifnya untuk mendekatkan YADIM dengan golongan sasar selain memberi peluang kepada kakitangan badan ini, yang diketuai oleh Muhammad Hafiz merasai sendiri pengalaman dakwah di lapangan.

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *