Home » Citra Yadim » Program Yadim Peduli, Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah ke Sabah

Program Yadim Peduli, Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah ke Sabah

KOTA KINABALU – Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini telah melaksanakan program kembara YADIM Peduli , Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah selama dua hari ke bumi Sabah.

Pelbagai program telah dilaksanakan untuk menyantuni golongan sasar yang telah dikenalpasti.

Hari pertama pada 1 Ogos dimulakan dengan program gotong royong dan sumbangan tahfiz di surau Nahdatul Ilmiah, Taman Sempelang, di sini.

Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM, Shahrizal Mat telah menyampaikan sejumlah beras kepada wakil Pusat Tahfiz di surau berkenaan.

Selain menyampaikan sumbangan, mereka turut bergotong royong membersihkan surau tersebut. Program khidmat bakti ini turut disertai oleh ahli jawatankuasa surau dan pelajar pelajar tahfiz.

Selesai di Taman Sempelang, kakitangan YADIM kemudiannya telah mengadakan program Cuci Cuci di Masjid Al Kauthar, Tanjung Aru di sini.

Bahagian luar dan dalam masjid telah dibersihkan dengan kerjasama ahli ahli kariah masjid dan ahli pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Masjid Al Kauthar Tanjung Aru.

Pada sebelah malamnya pula, diadakan program Bicara Dakwah dan Ramah Mesra bersama ahli jawatankuasa SAR Masjid Nurul Iman, Putatan.

Ketua Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Muhammad Hafiz Musa telah menyampaikan tazkirah di masjid ini. Program hari pertama selesai di masjid ini sebelum YADIM meneruskan Ziarah Rahmah mereka untuk keesokan hari pula.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *