Home » Citra Yadim » Seminar Rahmatan Lil Alamin ke Terengganu

Seminar Rahmatan Lil Alamin ke Terengganu

HULU TERENGGANU – Seminar Rahmatan Lil Alamin anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan siri jelajahnya ke negeri ini, apabila ia diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini pada 29 Ogos.

Ia merupakan anjuran bersama YADIM dan Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Seramai 250 peserta menghadiri majlis ini. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang.

Seminar kali ini bermula jam 9 pagi dengan pembentangan kertas kerja oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin bertajuk ‘Maqasid As Syariah dan Rahmatan Lil Alamin’.

Kertas kerja kedua pula dibentangkan oleh Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Terengganu, Dr Firdaus Khairi Abdul Kadir, dengan tajuk ‘Rahmatan Lil Alamin dalam Konteks Masyarakat Majmuk Negara Ini’.

Selepas waktu rehat, majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Rosol Wahid.

Seminar Rahmatan Lil Alamin bertujuan menjelaskan konsep Islam sebagai agama yang rahmah, selain mempromosikan dan melaksanakan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang dibawa kerajaan.

Sebelum ini ia telah diadakan menerusi beberapa peringkat dan tempat seperti di Perlis, Kedah dan Perak.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *