Home » Langit Terbuka » MAIWP akan terjemah buku Rahmatan Lil Alamin dalam pelbagai bahasa

MAIWP akan terjemah buku Rahmatan Lil Alamin dalam pelbagai bahasa

Buku Rahmatan Lil Alamin itu mampu dijadikan sebagai sumber rujukan kepada orang awam, sektor pendidikan serta kepada pembuat dasar, jelas MAIWP. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menterjemah buku ‘Rahmatan Lil ‘Alamin Dalam Konteks Masyarakat Kontemporari’ dalam pelbagai bahasa supaya ia dapat difahami dan disampaikan kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata buku setebal 256 muka surat yang dilancarkan hari ini (18 September) itu, bakal diterjemah dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil serta dijangka diedarkan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun hadapan.

Buku ini juga mampu dijadikan sebagai sumber rujukan kepada orang awam, sektor pendidikan serta kepada pembuat dasar,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku tersebut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Buku itu dilancarkan bersempena Minggu Rahmatan Lil Alamin yang berlangsung di UIAM sejak 13 Sept hingga esok.

Syed Hussien berkata 1,000 naskah pertama buku itu dalam bahasa Malaysia akan diedarkan ke universiti-universiti awam.

Jelasnya, buku tersebut menerangkan konsep Rahmatan Lil Alamin hasil garapan 20 penulis yang terdiri daripada ahli akademik dari pelbagai universiti awam tempatan.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dijadual hadir melancarkan Seminar Antarabangsa Rahmatan Lil Alamin di UIAM, esok.

Sebelum ini, Mujahid mengumumkan gagasan Rahmatan Lil Alamin akan menjadi dasar baharu negara dalam usaha kerajaan membentuk citra baharu Malaysia pada masa hadapan. Bernama

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *