Home » Citra Yadim » Ziarah rahmah Hospital Tuanku Fauziah

Ziarah rahmah Hospital Tuanku Fauziah

KANGAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis, bersama Hidayah Centre Foundation baru baru ini telah sama sama menyantuni para pesakit di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Dalam program pada 17 September lalu itu,  sejumlah 50 orang pesakit telah disantuni menerusi pemberian hamper makanan dan buku.

Menyampaikan sumbangan bagi pihak YADIM ialah Pengarah Perlis, Zuhri Husain serta Daie Muda YADIM, Nadia Mohd Kamal, manakala Hidayah Center diwakili oleh Eksekutifnya, Noorhafizzuddin Md Zin . Ahmad Fuad Ashari pula mewakili sebuah badan bukan kerajaan, Halaqah.

Sumbangan diberikan tanpa mengira latar belakang pesakit, bertepatan dengan konsep Rahmatan Lil Alamin iaitu Islam membawa rahmat kepada seluruh alam.

Program sumbangan yang menyantuni pelbagai lapisan di hospital ini bukanlah yang pertama kali diadakan YADIM.

Program yang sama sebelum ini pernah dilakukan di Dungun pada 11 Julai, Hulu Terengganu (29 Ogos) dan Besut (19 September).

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *