Home » Citra Yadim » Mesyuarat terkini persiapan Multaqa Ulama Asia Tenggara

Mesyuarat terkini persiapan Multaqa Ulama Asia Tenggara

PUTRAJAYA – Menjelang Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 yang semakin hampir, jawatankuasa jawatankuasa berkaitan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) semakin giat melaksanakan tugas masing masing bagi memastikan kelancaran program tersebut.

Mereka telah mengadakan mesyuarat terkininya pada 25 Oktober lalu pada jam 10.30 pagi yang dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Muhammad Razak Idris.

Jawatankuasa berkenaan melaporkan perkembangan gerak kerja untuk program tersebut selain membangkitkan isu isu lain yang berkaitan.

Mulataqa Ulama Asia Tenggara 2019 akan diadakan pada 18 hingga 19 November ini di Sepang.

Majlis anjuran YADIM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini, bakal menghimpunkan ulama ulama dan ilmuan Islam pelbagai disiplin dari seluruh Asia Tenggara.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *