Home » Langit Terbuka » Malaysia mohon 20,000 kuota tambahan haji

Malaysia mohon 20,000 kuota tambahan haji

Malaysia akan memohon hingga 20,000 kuota tambahan haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto FB

BANGI – Kerajaan akan memohon 20,000 kuota tambahan haji untuk musim haji tahun depan bagi membolehkan lebih ramai jemaah dari negara ini menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pada masa ini kuota haji tetap untuk Malaysia adalah 30,200 dan pihaknya mahu memohon kuota tambahan bagi memendekkan tempoh menunggu.

“Saya akan ke sana (Arab Saudi) pada Januari depan untuk mengadakan perbincangan mengenai pelbagai isu dan ia termasuk kuota haji, seperti yang menjadi kelaziman setiap tahun.

“Kita akan menjelaskan mengapa ia perlu ditambah dan wakil kerajaannya akan mencatat untuk mengambil sebarang tindakan susulan.

“Kita akan memohon 10,000 hingga 20,000 tambahan kuota haji, bergantung kepada keperluan negara dalam mengurangkan giliran menunggu,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-36 di Institut Latihan Islam Malaysia di sini.

Turut hadir, Pengerusi Tabung Haji (TH), Tan Sri Md Nor Yusof; Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan Pengurus Besar Kanan TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Muzakarah anjuran TH dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) itu diadakan bagi memberi peluang kepada 200 pengendali kursus ibadat haji dan ilmuwan agama berkongsi ilmu dalam menetapkan keseragaman hukum serta penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *