Home » Langit Terbuka » Penganggur didenda RM5,000 hina Nabi Muhammad

Penganggur didenda RM5,000 hina Nabi Muhammad

Pertuduhan atas tertuduh dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama. - Foto FB

KUALA LUMPUR – Akibat memuat naik hantaran jelik bersifat menghina Nabi Muhammad, seorang penganggur didenda RM5,000 atau penjara 3 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini (12 Disember).

Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zahrein Zakariah, 37, selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukan melalui akaun Facebook miliknya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Zahrein didakwa secara sedar memulakan hantaran di Facebook dengan membuat komunikasi jelik yang antaranya mengandungi perkataan menghina Nabi Muhammad.

Hantaran yang dibuat dengan niat untuk menyakiti hati orang lain itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada 9.30 malam, 8 Julai lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara yang boleh sampai satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, peguam L A Gomes memohon mahkamah mengenakan hukuman rendah berbentuk denda minimum atas alasan anak guamnya telah insaf selain berjanji tidak akan memuat naik hantaran bersifat jelik pada masa akan datang.

“Anak guam saya memuat naik hantaran itu kerana ingin memulakan perbincangan di media sosial dan sekarang telah dipadam,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abdul Hadi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan penduduk di Malaysia agar lebih sensitif dan berhati-hati ketika ingin menyuarakan pendapat di media sosial.

“Hantaran yang dibuat telah dibaca oleh ribuan orang dan telah mendatangkan kemarahan kepada umat Islam di negara ini,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *