Home » Langit Terbuka » Sarapan percuma diteruskan

Sarapan percuma diteruskan

Sarapan percuma tetap diteruskan untuk pelajar kurang berkemampuan bermula 20 Januari ini. - Foto HemSementa.blogspot.com

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap akan meneruskan Program Sarapan Pagi (PSP) seperti yang dijadualkan bermula pada Isnin ini (20 Januari).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memaklumkan perkara itu berkata, bagaimanapun ia hanya akan dikhususkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan saja.

“Kita akan teruskan program yang ada sekarang kepada mereka yang tidak mampu, tapi nak bagi kepada semua bermakna mereka yang ada duit, kaya dan makan di rumah pun dapat juga. Itu tidak adil.

“Kita akan berikan (PSP) kepada mereka yang layak,” katanya yang kini memangku jawatan Menteri Pendidikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena Ulang Tahun Ke-70 TNB di sini, pada 16 Januari.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan menjelaskan pelaksanaan PSP untuk murid sekolah rendah dibuat secara berfasa dengan tumpuan kepada sekolah yang merekodkan jumlah pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) tertinggi. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *