Home » Langit Terbuka » Mufti Wilayah Persekutuan dilantik menteri

Mufti Wilayah Persekutuan dilantik menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang baharu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Foto Pejabat Mufti Wilayah

PUTRAJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama di negara ini dilantik menganggotai barisan jemaah Kabinet.

Agamawan kelahiran Terengganu itu akan menganggotai barisan Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan barisan anggota Kabinet baharu di bawah pentadbiran beliau.

Menurut Muhyiddin, Dr Zulkifli terlebih dahulu akan dilantik sebagai Senator bagi membolehkan beliau memegang jawatan itu.

Terdahulu pada 3 Mac lalu, Zulkifli membuat kunjungan hormat kepada Muhyiddin di pejabatnya.

Dalam pertemuan itu, beliau turut menyerahkan buku tulisannya berjudul Bayan Linnas (penjelasan isu-isu semasa) dan buku Matla’ al-Badrain karya Syeikh Muhammad Daud Al-Fatani.

Zulkifli turut memimpin bacaan doa sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *