Home » Langit Terbuka » Muhyiddin umum 26 kementerian, tiada TPM

Muhyiddin umum 26 kementerian, tiada TPM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pembentukan 26 kementerian termasuk 4 menteri kanan yang akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet, menggantikan peranan timbalan perdana menteri.

Empat menteri kanan berkenaan – Mohamed Azmin Ali; Ismail Sabri Yaakob; Fadillah Yusof; dan Mohd Radzi Md Jidin – akan menyelaras bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan prasarana, serta pendidikan dan sosial “dengan lebih cekap dan berkesan”.

“Menteri-menteri kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai perdana menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.

“Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang timbalan perdana menteri dilantik,” katanya ketika pengumuman Kabinet pada 9 Mac.

Turut diumumkan 5 menteri di Jabatan Perdana Menteri, termasuk menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Dua orang bukan ahli politik iaitu Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad masing-masing diberi portfolio kewangan dan hal ehwal agama.

Empat menteri kanan yang dilantik:

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof
Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin.

Berikut adalah senarai menteri:
Menteri Kewangan
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Mustapa Mohamed

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Mohd Redzuan Md Yusof

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang)
Takiyuddin Hassan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Zulkifli Mohamad

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Maximus Johnity Ongkili

Menteri Pengangkutan
Wee Ka Siong

Menteri Alam Sekitar
Tuan Ibrahim Tuan Man

Menteri Sumber Manusia
Saravanan Murugan

Menteri Wilayah Persekutuan
Annuar Musa

Menteri Wanita dan Keluarga
Rina Mohd Harun

Menteri Pengajian Tinggi
Noraini Ahmad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Shamsul Anuar Nasarah

Menteri Dalam Negeri
Hamzah Zainuddin

Menteri Kesihatan
Dr Adham Baba

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Ronald Kiandee

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Abd Latiff Ahmad

Menteri Luar Negeri
Hishammuddin Hussein

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Alexander Nanta Linggi

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Saifuddin Abdullah

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Mohd Khairuddin Aman Razali

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Nancy Shukri

Menteri Perpaduan Negara
Halimah Mohamed Sadique

Menteri Belia dan Sukan
Reezal Merican Naina Merican. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *