Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 di Ketereh

Musa’adah Covid-19 di Ketereh

KETEREH – Selepas menyantuni veteran Angkatan Tentera Malaysia dan warga Kota Bharu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan melaksanakan gerak kerja Musa’adah Covid-19nya di daerah ini pula pada 28 April.

Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kussuma Mamat bersama Penghulu Mukim Dewan, Mohd Nor Mustapha memulakan program di Kampung Dewan di sini dengan penyampaian bantuan kepada 40 keluarga asnaf dan Orang Kelainan Upaya di kampung ini.

Meskipun hujan tanpa henti, program diteruskan pula ke Kampung Kubang Kiat di sini. Di kampung ini 30 pek sumbangan diagihkan kepada keluarga yang dikenalpasti memerlukan.
Kesemua mereka yang menerima sumbangan YADIM Kelantan pada hari ini merupakan pekerja menerima gaji harian atau bekerja sebagai buruh, lantas terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Rata rata mereka mengucapkan terima kasih atas bantuan ini yang disifatkan mereka sedikit sebanyak meringankan beban seharian, dan menceriakan kedatangan Ramadan.

Program ini mendapat kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Mahmudiah, Dewan Beta dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Dewan Beta.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *