Home » Langit Terbuka » Tiada program sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri

Tiada program sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri

Walaupun tiada sambutan Nuzul Al Quran, umat Islam masih boleh menghayati peristiwa itu melalui ceramah dalam talian yang dianjurkan Jabatan Agama Islam dan badan bukan kerajaan, kata Mufti Negeri Sembilan- Foto Dara.co

SEREMBAN -Tiada sebarang program sambutan yang dirancang di peringkat negeri sempena Nuzul al-Quran, Ahad ini.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, ketika dihubungi Bernama, berkata ia bagi mematuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam masih boleh menghayati peristiwa Nuzul al-Quran melalui ceramah dalam talian yang dianjurkan Jabatan Agama Islam dan badan bukan kerajaan (NGO).

Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai Isnin lepas, tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Semasa pelaksanaan PKPB, perarakan keagaamaan dan aktiviti agama berjemaah di masjid atau rumah ibadat adalah tidak dibenarkan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *