Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 di Bukit Kayu Hitam

Musa’adah Covid-19 di Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Inisiatif membantu golongan yang terkesan dengan wabak Covid-19 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Jun di Kampung Sungai Buluh, Kepala Kerbau di sini.

Seramai 20 keluarga termasuk bukan Islam di kawasan berkenaan menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Majoriti penduduk di sini merupakan peniaga kecil kecilan dan buruh golongan B40 yang sememangnya terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Program ini mendapat kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Majlis Dakwah Negara dan badan badan bukan kerajaan yang aktif di sini.

Hadir sama ialah ADUN kawasan ini, Yang Berhormat Puan Halimaton Shaadiah Saad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan, dan Kebajikan Kedah serta Penghulu Sungai Laka, Rizal Ramli.

Terdahulu, YADIM Kedah juga menyantuni petugas barisan hadapan iaitu kakitangan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Bukit Kayu Hitam menerusi pemberian topeng muka, pembasmi kuman, sarung tangan, minuman dan kuih raya.

Program terakhir pada 4 Jun ini ialah penyampaian sumbangan kepada 20 asnaf B40 di Kampung Sungai Pasir, Sungai Petani. Turut hadir ke program ini ialah wakil Kesatuan Pekerja Pekerja Kerajaan Negeri Kedah (KPPKK) Fazira Mohamad.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *