Home » Langit Terbuka » Ali Rustam dilantik Yang Di-Pertua Negeri Melaka

Ali Rustam dilantik Yang Di-Pertua Negeri Melaka

Pelantikan Tun Mohd Ali Rustam itu berkuat kuasa 4 Jun sehingga tempoh 4 tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan. - Foto The Star

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini (4 Jun) berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka ketujuh kepada Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Negara.

Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa hari ini sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan, hari ini.

Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Mohd Ali.

Istiadat pengurniaan yang berlangsung petang ini turut disaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Selepas istiadat itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan berangkat ke Majlis Santapan Petang Sempena Pelantikan TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Mohd Ali, 70, yang juga anak jati Bukit Katil, Melaka pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka dari 1999 hingga 2013 lalu. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *