Home » Wacana » Jangan Istiqomah Bermusim

Jangan Istiqomah Bermusim

Terkadang seperti rasa malu dengan Allah, masa Ramadhan lalu menangis bagai – macam insaf. Tapi semasa selepas itu semuanya ke laut!.

Contoh mudah ialah solat Maghrib dan Isyak, semasa Ramadhan kedua-dua waktu ini dinanti-nantikan, semacam tidak sabar-sabar, namun kini? Sila jawab sendiri. Dahulu amat berdisiplin, bunyi azan Maghrib jamah kurma sikit, beberapa teguk air terus solat Maghrib berjemaah sebelum makan hidangan lazat berbuka puasa.

Kini, kadang-kadang dah dekat waktu maghrib, anak-anak dan ibu bapa masih syok layan filem Korea, masih lagi beriadah depan rumah. Allahuakbar dah dekat nak nak masuk Isyak baru siap solat Maghrib, bukan berjemaah tapi ‘nafsi-nafsi’!.

Dahulu kemain, bertadarus al-Quran bagai siap ada kumpulan Whatsapp lagi, amat istiqomah, maklumlah tiada benda lain nak buat. Kini, sila jawab sendiri!. Persoalannya, adakah kita hamba Ramadhan itu sahaja atau hamba Allah.

Senario ini sebenarnya bukan norma baru tapi telah lama berlaku dan berlanjutan. Para salafus soleh pernah berkata:
كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا

Maksudnya: “Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani dan bukan menjadi hamba Ramadhan.”

✍️Berikut antara amalan-amalan yang perlu dikekalkan sepatutnya:

1. Kekalkan momentum solat Maghrib, Isyak berjemaah.
Jangan sekadar post dalam FB maklum rindukan masjid tapi jangan pula selepas berakhirnya PKP nanti, adakah kita semua bakal memenuhi saf pertama atau masih lagi selesa pada takuk lama.

Sepatutnya dalam PKP ini solatlah berjemaah di rumah, imarahkan rumah sebagai Rumah Allah.

2. Jangan jadikan bulan selain Ramadhan sebagai bulan untuk bersenang-lenang. Perlu diakui kini ramai yang berada dalam keadaan zon selesa.

3. Kekalkan untuk terus berada dalam persekitaran terbaik, caranya bersahabatlah dengan orang baik-baik. Jika rapat dengan kumpulan suka membawang dan mengaibkan orang, maka akhirnya kita akan jadi seperti mereka.

4. Kekalkan akhlak terpuji, jadilah netizen terbaik.💥Semua perbuatan kita dihisab, jadi sebelum menulis komen – bertenang dahulu, buatlah rumusan dengan ilmu yang mencukupi, tabayyun bukan tibaiyyun!

Kita sanitized tangan untuk jaga dari terkena Covid-19, hati pun turut perlu sanitized bagi hilangkan perasaan sombong, muhasabah diri, rasa langsung tidak berdosa dan sentiasalah beristighfar pohon keampunan Allah.

Pakej rangsangan rohani ini perlu diteruskan sampai bila-bila.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *