Home » Langit Terbuka » Jawatankuasa Khas JAWI tangani isu transgender

Jawatankuasa Khas JAWI tangani isu transgender

JAWI terus komited untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah demi memartabatkan syiar Islam. - Foto JAWI

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menggunakan pendekatan menyeluruh untuk menangani isu transgender melalui Jawatankuasa Khas termasuk penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail, berkata pemerkasaan menerusi penubuhan jawatankuasa itu berpandukan undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa dengan mengutamakan pendekatan bimbingan dan tarbiah atau pendidikan.

Beliau berkata, pihaknya terus komited untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah demi memartabatkan syiar Islam.

“Sejak 2010, JAWI sudah pun melaksanakan program penyantunan bersama komuniti transgender dengan menggunakan modul khusus dibangunkan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Modul ini merangkumi elemen pengisian seperti kesedaran kerohanian, pendidikan kesihatan dan motivasi diri serta kerjaya.

“Program terbabit akan terus diperkasakan dengan kerjasama pelbagai pihak dengan pendekatan lebih menyeluruh dan mengambil kira perkembangan serta cabaran semasa,” katanya dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Facebook (FB) pada Jumaat lalu yang memberi ‘lesen penuh’ kepada penguat kuasa JAWI untuk mengambil tindakan terhadap transgender.

Zulkifli berkata, tindakan yang akan diambil itu tidak hanya membabitkan tangkapan semata-mata, sebaliknya lebih utama tarbiah. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *