Home » Langit Terbuka » RM7.208 juta manfaatkan 394,687 penerima Food bank

RM7.208 juta manfaatkan 394,687 penerima Food bank

Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) ketika di majlis penyampaian sumbangan Food Bank YaPEIM di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat Tumpat. - Foto YaPEIM

TUMPAT – Kerajaan membelanjakan sejumlah RM7.208 juta untuk dimanfaatkan kepada 394,687 orang penerima menerusi program food bank.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaari berkata, peruntukan berkenaan disediakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang telah dilaksanakan sejak September tahun lalu.

Katanya lagi, pada tahun ini sahaja sejumlah RM3.44 juta telah digunakan untuk tujuan sama bagi membantu 157, 337 orang penerima.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan food bank kepada 338 buah keluarga di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat Tumpat, dekat sini.

“Melalui Program Food Bank YaPEIM 2.0 dan Program Inspirasi Musaadah Covid-19, YaPEIM menyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan asas (dry food).

“Pada masa yang sama kita juga turut menyediakan keperluan bersifat ready to eat (RTE) kepada keluarga miskin dan B40 termasuk menyantuni petugas barisan hadapan,”ujarnya. – HarakahDaily

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *