Home » Citra Yadim » Bicara Buku Antologi Puisi Tradisional Sirah Nabawiyah

Bicara Buku Antologi Puisi Tradisional Sirah Nabawiyah

Esok (Jumaat, 7 Ogos) 2020 jangan ketinggalan ikuti secara langsung di Facebook Yayasan dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Bicara Buku Antologi Puisi Tradisional Sirah Nabawiyah bermula jam 9.30 pagi.

Bicara Buku esok akan mengupas mengenai naskhah ini, yang diterbitkan dalam tulisan jawi dan rumi, mengandungi puisi puisi tradisional seperti pantun, gurindam, syair dan nazam, berkisar mengenai kisah-kisah daripada catatan sirah para nabi dan rasul. Kandungan puisinya juga membawa mesej ketakwaan kepada Allah dan nilai nilai murni seperti kesabaran, kecekalan, amanah, jujur juga kesungguhan melakukan sesuatu.

Empat orang panel yang merupakan antara penulis antologi terkenal negara , iaitu Rosman Md Shah, Amelia Hashim, Ratna Laila Shahidin, dan Faiziah Shamsudin ditampilkan kali ini, manakala mantan Pengarah Bahagian Penerbitan YADIM, Zalilah Bahari selaku moderator.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *