Home » Citra Yadim » YADIM santuni maahad tahfiz terbakar di Banting

YADIM santuni maahad tahfiz terbakar di Banting

BANTING – Selepas Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama di Bota Perak, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan usaha membantu satu lagi maahad tahfiz di sini yang mengalami musibah kebakaran baru baru ini.

Menerusi Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM)nya, YADIM pada 6 Ogos akan melaksanakan program ziarah prihatin ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) di sini dan melakukan sumbangan wang tunai serta buku buku terbitan badan dakwah ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dijadualkan hadir sama dan melakukan lawatan ke maahd tahfiz berkenaan.

Pada 4 Ogos lalu, satu kejadian kebakaran menyebabkan bangunan asrama tiga tingkat MITS musnah, namun seramai 131 penghuninya terselamat.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Terdahulu pada 4 Ogos, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan YADIM melakukan ziarah ke Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama dan menyumbang secara keseluruhan berjumlah RM25,000.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *