Home » Langit Terbuka » COVID-19: Perlis tutup 12 masjid

COVID-19: Perlis tutup 12 masjid

Individu yang berada dalam kawasan terlibat penutupan masjid di Perlis juga dilarang keluar dari kariah masing-masing untuk melakukan solat atau mengimarahkan masjid di kariah lain. - Foto MAIPs

ARAU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua 12 buah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan kawasan berdekatan ditutup mulai hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penutupan masjid itu dilakukan berikutan berulangnya penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

“Dengan itu, solat Jumaat diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing,” titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs menerusi satu kenyataan pada 7 Ogos.

Baginda bertitah, individu yang berada dalam kawasan terlibat juga dilarang keluar dari kariah masing-masing untuk melakukan solat atau mengimarahkan masjid di kariah lain.

Tujuh masjid yang ditutup di DUN Sanglang ialah Masjid Al-Rahman,Kampung Simpang Sanglang; Masjid Al-Maghfirah, Sungai Korok; Masjid Darul Salam, Kampung Padang Keria; Masjid Al-Makmur, Kampung Bongor Kudung; Masjid Al-Furqan, Kampung Bunga Emas; Masjid Asy-Syakur, Kampung Permatang Bongor dan Masjid Dato’ Jaafar Hassan, Kampung Sungai Padan.

Turut ditutup ialah tiga buah masjid dalam DUN Simpang Empat iaitu Masjid Putra, Simpang Empat; Masjid Al-‘Ilmi, Sungai Berembang dan Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai.

Sementara itu, dalam DUN Guar Sanji, dua buah masjid yang tersenarai ialah Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantik Bangun dan Masjid Nurul Muttaqin, Kampung Che Ok. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *