Home » Citra Yadim » Hari Terbuka YADIM bermula hari ini (25 September)

Hari Terbuka YADIM bermula hari ini (25 September)

KOTA BHARU – Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di bandar raya ini bermula hari ini (25 September). Program dengan kerjasama pelbagai agensi negeri ini dan persekutuan itu diadakan di Dewan Jubli Perak dan Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di sini.

Program hari ini akan bermula dengan sesi Townhall Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamd Al Bakri, yang beliau seterusnya akan merasmikan program hari terbuka ini.

Acara di dewan kemudiannya diteruskan dengan Sesi Bicara Wanita bersama pendakwah selebriti Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Yang Berhormat Dato Hajah Mumtaz Mat Nawi.

Turut diadakan hari ini ialah slot Dialog Harmoni bersama wakil wakil komuniti Kristian, Buddha dan Hindu di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.

Berjalan serentak sepanjang program ialah acara cabutan bertuah, manakala pada sebelah petang ialah pertandingan bercerita, azan dan mewarna untuk kanak kanak.

Pada sebelah malam pula diadakan Pentas YADIM di Dewan Jubli Perak dengan tajuk Dakwah Biar Santai Tapi Sampai. Panel acara ini ialah pendakwah selebriti Ustaz Zul Ramli dan Firdaus Wong Wai Hung.

Orang ramai khususnya warga Kota Bharu dijemput hadir memeriahkan program ini.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *