Home » Citra Yadim » Cuci Cuci, Ziarah asnaf YADIM Kedah di Baling

Cuci Cuci, Ziarah asnaf YADIM Kedah di Baling

KAMPUNG SELARONG – Seramai 20 orang Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 10 oktober telah mengadakan program Cuci Cuci di Masjid Al Halimi di sini.

Seawal pagi, bersama kakitangan YADIM dan penduduk kampung ini, kawasan luar dan dalam masjid telah dibersihkan secara bergotong rotong.

Program ini mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Baling, Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Kulim, Buru Amal Kulim, Sukarelawan YADIM, dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Imam Masjid Al Halimi, Manaf Lebai Saad hadir sama ke program ini.

Selesai Cuci Cuci, program diteruskan dengan acara ziarah asnaf ke lima keluarga di kampung ini, Kampung Banggol Enggok dan Kampung Macang Bubuk di sini.

Pada sebelah malam pula, akan diadakan pula acara Forum Perdana di kampung ini.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *