Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak serah sumbangan kepada surau terbakar

YADIM Sarawak serah sumbangan kepada surau terbakar

KUCHING – Yayasana Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak yang diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Zamri Bali dan Subri Rafaee pada 10 Oktober telah menyampaikan sumbangan kepada Surau Darul Fadzlillah, Kampung Gita Laut di sini yang mengalami musibah kebakaran semalam.
Menerima sumbangan bernilai RM500 itu bagi pihak surau ialah pengerusinya, Mahari Leng.
Antara peralatan surau yang musnah dalam kebakaran semalam termasuklah almari Al-Quran, sistem audio visual, pendawaian elektrik, mimbar, meja dan kerusi kuliah, siling, pendingin hawa termasuklah struktur surau.
Tadika di belakang surau ini turut mengalami kerosakan.
Bgaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian bermula jam 7 pagi itu.
YADIM turut menyertai ahli jawatankuasa surau mengadakan kerja-kerja gotong-royong pagi bagi membersihkan surau.
Kepada yang ingin menyumbang dan membantu kerja-kerja gotong-royong boleh hubungi Pengerusi Surau Darul Fadzillah, di talian 013 8016084.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *