Home » Citra Yadim » Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan santuni mangsa banjir Kampung Puchong

Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan santuni mangsa banjir Kampung Puchong

SEREMBAN – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 11 November telah mengadakan program menyantuni mangsa banjir di sini.
Seramai 25 Sukarelawan YADIM dan ahli kariah Masjid Taman Angsa Mas, terlibat dalam kerja gotong royong membantu membersihkan kawasan kediaman penduduk di Kampung Puchong di sini.
Sebanyak 10 buah kediaman yang terjejas dengan banjir dapat dibersihkan dalam program ini.
Antara yang hadir dalam program selama 3 jam itu ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Abdul Latif Mohd Yunus dan Pengerusi Masjid Taman Kelab Tuanku, Haji Hassan Saidi.
Sedikit bantuan turut disampaikan kepada mangsa mangsa yang disantuni.
Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan merancang untuk mengadakan lebih banyak program kemasyarakatan seperti ini selepas ini, pada setiap hujung minggu.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *