Home » Langit Terbuka » Jangan pertikai fatwa dikeluarkan penguatkuasa agama

Jangan pertikai fatwa dikeluarkan penguatkuasa agama

Majlis fatwa di peringkat negeri dan pusat, dianggotai pakar-pakar dalam bidang agama Islam, tegas Ketua Polis Johor- Foto AlHijrah News

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk tidak mempertikai fatwa yang dikeluarkan badan berkaitan agama Islam tidak kira di peringkat negeri mahupun pusat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dengan kumpulan pengganas adalah kerana tidak berpegang kepada fatwa dikeluarkan penguatkuasa agama di peringkat negeri atau pusat.

“Jangan pandai-pandai keluar fatwa sendiri. Kebanyakan individu terpengaruh dengan kumpulan pengganas pegang fatwa dikeluarkan individu bukan fatwa oleh pusat atau negeri,” katanya.

Oleh itu tegasnya, orang ramai patut menolak fahaman individu yang mempertikai fatwa dikeluarkan kerajaan pusat dan negeri.

Ujar Ayob Khan, majlis fatwa di peringkat negeri dan pusat, dianggotai pakar-pakar dalam bidang agama Islam.

Jesteru orang ramai diminta untuk mematuhi fatwa-fatwa yang telah digariskan dan bukan bertindak sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja “Keberkesanan Memerangi Ancaman Keselamatan Kepada Agama dan Negara” pada Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *