Home » Langit Terbuka » Perundangan sedia ada sentiasa dikaji untuk ditambah baik

Perundangan sedia ada sentiasa dikaji untuk ditambah baik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata, pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik (in good faith) dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang telah berkuat kuasa pada 15 Disember 2010. - Foto Smasanews.com

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa mengkaji perundangan-perundangan sedia ada termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk penambahbaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata dalam proses itu, pandangan masyarakat sivil diambil kira bagi kepentingan awam dan negara.

“Saya merasakan kerajaan tidak mempunyai masalah terutama sekiranya pandangan diberikan masyarakat sivil untuk kita menambah baik perundangan sedia ada,” katanya pada 2 Disember.

Takiyuddin berkata pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik (in good faith) dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang telah berkuat kuasa pada 15 Disember 2010.

Beliau berkata mereka mendapat perlindungan dari segi maklumat sulit seperti identiti, alamat dan pekerjaan; kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah serta perlindungan daripada tindakan memudaratkan terhadap dirinya dan mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata objektif akta itu adalah bagi memerangi rasuah dan salah laku lain dalam sektor awam dan swasta dengan menggalakkan dan memudahkan orang awam mendedahkan perbuatan itu.

Perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat adalah melalui agensi penguatkuasaan merangkumi antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Jabatan Imigresen Malaysia; Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *