Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu bantu mangsa banjir Hulu Besut

YADIM Terengganu bantu mangsa banjir Hulu Besut

BESUT – Pasukan Gerakan Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dengan kerjasama Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Dewan Undangan Negeri Hulu Besut pada 17 Disember menyantuni dan menziarahi mangsa-mangsa banjir di tiga perkampungan di sini.

Tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Bukit Cina, Kampung Seri Masin dan Kampung Padang Pelindung.

Menerusi program YADIM Peduli : Adhoc Bantuan Bencana Banjir 2020, sejumlah 30 keluarga dari kampung tersebut menerima sumbangan barangan keperluan dapur seperti beras, minyak, susu, gula, teh dan sebagainya.

Hulu Besut adalah kawasan yang sentiasa dinaiki air setiap tahun.

Hadir sama membantu mengagihkan sumbangan ialah Penyelaras Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Ustaz Md Daik Mohamad sementara YADIM diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan kakitangannya.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *