Home » Citra Yadim » Program pemantapan  kerohanian kakitangan AIM bersama YADIM Kelantan

Program pemantapan  kerohanian kakitangan AIM bersama YADIM Kelantan

BACHOK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah bekerjasama dengan Amanah ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Kelantan Utara dalam satu program untuk memantapkan kerohanian kakitangan mereka.

Program yang berlangsung di Dewan Masjid Mahmoodi di sini bermula dengan bacaan ikrar oleh seramai 123 orang kakitangan AIM dan diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu bersama penceramah bebas, Ustaz Mokhtar Yaacob.

Ceramah yang berlangsung hampir 2 jam ini memberi penekanan kepada konsep kerja sebagai satu ibadat dan kepentingan mempunyai sikap amanah dalam menjalankan tugas seharian.

Majlis perkongsian ilmu ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara peserta dan penceramah.

Antara yang hadir ialah Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Yusnita Muhamed Yusoff dan Pengurus Kanan Wilayah AIM, Mohd Abu Samad  Mohd Daud.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *