Home » Langit Terbuka » Menteri agama jumpa selebriti dakwah esok

Menteri agama jumpa selebriti dakwah esok

Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga menyambut baik gesaan Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, supaya program realiti televisyen yang mencungkil pendakwah ‘selebriti’ dikaji keberkesanannya supaya tidak menempelak imej agamawan dan ustaz tradisional. - Foto NSTP

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri akan mengadakan pertemuan dengan selebriti dakwah esok bagi menyampaikan mesej kerajaan dan menjaga nama baik agamawan.

Pertemuan itu susulan seorang selebriti ‘dakwah’, yang juga seorang peserta program realiti TV, didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah melibatkan beberapa mangsa.

Pertemuan akan diadakan di sebuah hotel di Sepang petang esok.

“Banyak perkara boleh dibincangkan bersama dan mendengar pandangan mereka disamping kita juga dapat memberi nasihat untuk kita sama-sama ingat mengingati,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program agihan sumbangan COVID-19 kepada bukan Islam di Majlis Wilayah.

Beliau juga menyambut baik gesaan Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, supaya program realiti televisyen yang mencungkil pendakwah ‘selebriti’ dikaji keberkesanannya supaya tidak menempelak imej agamawan dan ustaz tradisional.

Mahmood juga menyarankan pendakwah selebriti mendapatkan latihan lanjut dan bimbingan sebaik sahaja tamat program realiti TV, dan bukannya dibiarkan sesuka-hati berdakwah.

“Terima kasih atas buah fikiran yang baik,” katanya.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *