Home » Citra Yadim » 125 mangsa banjir DUNGUN terima sumbangan YADIM Terengganu

125 mangsa banjir DUNGUN terima sumbangan YADIM Terengganu

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 23 Disember bersama empat orang sukarelawan YADIM menyantuni 125 keluarga mangsa banjir di Hulu Dungun iaitu di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor menerusi program YADIM Peduli : Adhoc Bantuan Bencana Banjir 2020.

Dua majlis ringkas penyampaian musaádah banjir diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Raja yang menyaksikan YADIM menyumbangkan 59 pek barangan keperluan dapur untuk diagihkan di sini manakala 56 pek barangan lagi diagihkan di Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

Hadir sama menyantuni mangsa banjir di majlis ringkas ini ialah Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ustaz Ghazali Sulaiman. YADIM Terengganu diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Nasrul Hadi Saiadin.

Kakitangan YADIM Terengganu bersama para sukarelawan juga menziarahi 10 keluarga mangsa banjir di dua kampung tersebut bagi menyampaikan bantuan musaádah banjir.

Terdahulu pada 21 Disember, YADIM Terengganu telah menyampaikan sebanyak 100 set sumbangan banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih dan 140 lagi di Dewan Undangan Negeri Chukai.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *