Home » Citra Yadim » Keluarga tinggal di bangsal di santuni YADIM Kelantan

Keluarga tinggal di bangsal di santuni YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Bertindak segera selepas mendapat maklumat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan hari ini (31 Januari) menyantuni sebuah keluarga di Kampung Mek Mas di sini.

Keluarga berkenaan terpaksa tinggal di sebuah bangsal di sini selepas hilang pekerjaan baru baru ini.

Ekoran itu, Mohd. Saufi Ibrahim dan isteri, Dahlia Musliman terpaksa membawa dua anak mereka tinggal di sebuah bangsal di Kampung Mek Mas, di sini sejak dua bulan lalu.

YADIM Kelantan menyumbang barangan dapur serta alat tulis dan peralatan mewarna kepada dua orang anak pasangan ini sebagai bantuan kecemasan.

Kisah yang menimpa dua keluarga ini disiarkan di sebuah akhbar hari ini dan menarik simpati ramai.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Kelantan, Mahadi Awang. Hadir sama ialah Penggawa Daerah Badang, Asmadi Ismail dan Pengerusi Sukarelawan YADIM Kelantan, Tuan Hazli Tuan Mamat.

Selesai menyantuni keluarga Mohd Saufi, YADIM turut menyampaikan sumbangan untuk tiga lagi keluarga asnaf di sekitar Pengkalan Chepa.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *