Home » Citra Yadim » YADIM Peduli: Musaádah Covid-19 Terengganu

YADIM Peduli: Musaádah Covid-19 Terengganu

PENGKALAN BERANGAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu turut tidak ketinggalan menyantuni golongan asnaf di negeri ini yang memerlukan pembelaan serta terkesan dengan penularan Covid-19.

Empat kawasan di santuni hari ini (10 Februari) iaitu di Pengkalan Berangan, Hulu Besut, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

Di Pengkalan Berangan sebanyak 30 keluarga penoreh getah menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Seramai 30 keluarga di Hulu Besut pula yang kebanyakannya juga penoreh getah turut menerima sumbangan daripada YADIM Terengganu hari ini.

Sementara itu, 15 keluarga di Hulu Terengganu turut disantuni YADIM dalam program hari ini sebelum 35 keluarga di Serada, Hulu Terengganu juga diberikan bantuan.

Kesemua yang disantuni menerima barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka. Walaupun tidak besar pada nilainya, namun mereka berkata, ia cukup besar maknanya.

Program hari ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Serada, Pejabat ADUN Hulu Besut serta Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *