Home » Citra Yadim » Sahabat Tiong Hua disantuni YADIM Sabah

Sahabat Tiong Hua disantuni YADIM Sabah

PENAMPANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah turut tidak ketinggalan meraikan rakan rakan masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pada 13 Februari, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada lapan buah keluarga memerlukan di sekitar Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Melalui kerjasama ini, YADIM menyumbang bakul makanan sementara MACMA menyumbang Ang Pow untuk setiap keluarga.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Negeri Sabah, Samin Ongki manakala Pengerusi MACMA Sabah,  Retchie J. Cheng mewakili pertubuhan tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *