Home » Citra Yadim » Musa’adah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan Siri 3

Musa’adah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan Siri 3

MACHANG – Siri menyantuni pemandu bas dan van sekolah di negeri ini diteruskan dengan siri ketiga oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.

Pada 18 Februari seramai 39 pemandu dari daerah Machang dan Pasir Puteh menerima bantuan berupa barangan makanan asas.

Agihan telah dilaksanakan di perkarangan Masjid Pangkal Meleret, Machang.

Hadir ke acara ini adalah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, Ketua Sukarelawan YADIM Machang, Muhammad Khairul Che Khalid dan Pengerusi Pengusaha-Pengusaha Bas Kelantan, Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat.

Seterusnya pihak urusetia bertolak ke Kuala Krai bagi menyampaikan sumbangan kepada pemandu dari daerah Kuala Krai dan Gua Musang pula.

Seramai 14 pemandu menerima sumbangan yang diadakan di hadapan Surau Puspakom Kuala Krai.

Hadir menyampaikan sumbangan adalah Penolong Ketua Jajahan Kuala Krai,  Mohd Aiman Haji Mohd Hassan Hilmi.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *