Home » Citra Yadim » YADIM Peduli 2021 bagi Parlimen Jelutong

YADIM Peduli 2021 bagi Parlimen Jelutong

JELUTONG – Telah berlangsung di sini program YADIM Peduli yang bertujuan menyantuni golongan B40 yang terjejas dengan Covid-19 pada 21 Februari.

Program dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan Sukarelawan YADIM Pulau Pinang ini menyantuni seramai 50 keluarga yang memerlukan.

MAPIM dan YADIM menyumbangkan barangan keperluan harian untuk mereka yang disantuni.

Hadir ke program ini  adalah Presiden IPSI merangkap Pengerusi Dakwah MAPIM Malaysia, Dato’ Kamarudin Abdullah, Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan, Koordinator Sukarelawan Yadim Parlimen Jelutong, Saad Ahmad Koordinator Sukarelawan Yadim Parlimen Bagan, Rosli Aras.

YADIM Pulau Pinang sebelum ini, juga  pernah menyantuni golongan B40 yang memerlukan di Parlimen ini pada 6 Februari lalu.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *