Home » Citra Yadim » 100 Penghantar Foodpanda disantuni

100 Penghantar Foodpanda disantuni

SANDAKAN – Nasib penghantar Foodpanda di negeri ini terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah.

Pada 9 Mac, seramai 100 penghantar berkenaan disantuni YADIM menerusi pemberian barangan keperluan harian.  Pada masa yang sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hamsan Ag Supain, yang hadir sama ke majlis ini turut menyumbang petrol untuk para penghantar berkenaan.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan,  Faridah Giau dan pemilik stesen Petronas Batu 2 ½, lokasi program dijalankan, Datuk Awang Kadin Tang.

YADIM Sabah juga sebelum ini menyantuni 100 penghantar Foodpanda di  Stesen Petronas Jalan Mat Salleh  di Kota Kinabalu pada 20 Februari.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *