Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Pulau Terusan

YADIM Peduli di Pulau Terusan

SANDAKAN –  Seramai 130 keluarga di Pulau Terusan, Sugut menerima manfaat daripada program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli di sini pada 10 Mac.

Dalam program yang dianjurkan secara bersama oleh YADIM dengan Polis Marin, Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Radio Televisyen Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, kesemua yang disantuni menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Wang tunai untuk asnaf, beg sekolah dan Al Quran turut disampaikan hasil sumbangan Ahli Parlimen Beluran.

Hadir ke majlis ini ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Yang Berhormat Tuan Samad Jambri, Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Bungsu Aziz Jaafar, Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki,  Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Faridah Giau dan Pengurus Sandakan FM Sugiman Rafaie.

Datuk Bungsu Aziz dan Samin kemudiannya turut menziarahi dan menyantuni beberapa keluarga di Kampung Tinusa 2 di sini.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *