Home » Citra Yadim » NADIKU 2021 bina kesedaran, benteng pertahan akidah umat Islam

NADIKU 2021 bina kesedaran, benteng pertahan akidah umat Islam

PUTRAJAYA – Sebagai usaha mengangani ancaman serangan terhadap Islam terutamanya dalan bentuk ajaran salah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Mac telah melancarkan program Nadwah Islami Kekuatan Ummah (NADIKU) 2021.
Dengan tema ‘Jauhi Ajaran Salah’, ia telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary di sini.
Pelancaran program secara dalam talian ini, turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan.
Dalam ucapannya, Datuk Ahmad Marzuk berkata, pelancaran NADIKU 2021 sangat bertepatan dengan usaha untuk memurnikan dan memperbetul akidah umat Islam di negara ini daripada pelbagai bentuk ancaman.
Tambah beliau, semua agensi berkaitan juga perlu memainkan peranan dalam menjayakan usaha menangani ancaman pemikiran dan serangan terhadap Islam pada masa kini.
Sementara itu, Ustaz Nasrudin dalam ucapannya berkata, YADIM akan menganjurkan NADIKU 2021 secara bersiri dan berperingkat di seluruh negara sebagai menyempurnakan tanggungjawab sebagai sebuah gerakan dakwah.
NADIKU ujar beliau, tidak akan berhenti setakat pelancaran semata mata, tetapi akan diteruskan dan disebarluaskan di negeri-negeri selepas ini.
Sementara itu pada masa yang sama, turut diadakan ialah pelacaran Program Daie Komuniti YADIM yang mana merupakan program dakwah dan pendidikan kerohanian bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengamalan Islam di kalangan anak-anak muda dan keluarga
Antara penekanan asas yang diterapkan dalam Daie Komuniti termasuklah modul Tauhid, modul Feqah, modul Akhlak, modul Al Quran yang mana akan menggunakan rujukan sumber buku yang tertentu.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *