Home » Citra Yadim » 100 pemandu bas ekspress dibantu YADIM Johor

100 pemandu bas ekspress dibantu YADIM Johor

MUAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor tidak ketinggalan menyantuni para pemandu bas yang terkesan dengan Covid-19 di negeri ini.

Seramai 100 pemandu bas ekspress disantuni YADIM Johor dalam satu majlis ringkas di sini pada 22 Mac.

Kesemua mereka menerima barangan keperluan harian sumbangan YADIM Johor.

Musaadah Covid 19 2.0 YADIM Negeri Johor ini mendapat kerjasama Syarikat Mayang Sari Bas Ekspress yang akan membantu mengedarkan barang sumbangan YADIM kepada pemandu bas yang memerlukan.

Mayang Sari diwakili oleh Pengurus Akaunnya, Mohf Farid sementara Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdulah mewakili badan dakwah ini.

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *