Home » Citra Yadim » Gotong Royong dan Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat di Kebun Bharu

Gotong Royong dan Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat di Kebun Bharu

KEBUN BHARU – Kampung Kebun Bharu menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat.

Program pada 21 Mac ini bermula dengan aktiviti bergotong royong di rumah keluarga Taipur Ahmad Darso, seorang warga emas yang uzur di sini.

Program diteruskan dengan menyampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada seorang lagi warga emas,  Minah Kucit yang terlantar akibat angin ahmar.

Lokasi ketiga program ialah di kediaman Norbahyah Sapar yang menghidap penyakit jantung dan buah pinggang.

Norbahyah yang menjalani rawatan dialisis di Pusat Rawatan Dialisis Sijangkang, menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Turun padang menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan Setiausahanya, Hanizah Sumiri.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *