Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk mangsa ribut Sungai Limau

Sumbangan untuk mangsa ribut Sungai Limau

YAN – Satu kejadian ribut telah berlaku pada 24 Mac di sekitar kawasan Sungai Limau di sini mengakibatkan beberapa kediaman mengalami kerosakan.

Bertindak segera atas kejadian tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 25 Mac telah tampil menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian bagi menyantuni mangsa mangsa kejadian.

Antara kawasan yang terlibat termasuklah Kampung Sungai Kering, Kampung Kabu 10, Kampung Selengkoh, Kampung Hutan Gelam dan Kampung Kuala Sedaka.

Sebanyak 16 keluarga disantuni menerusi program ini yang diadakan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Turut sama menjayakan ialah Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai, Koperasi Angkasa dan Jabatan Amal Malaysia.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *