Home » Citra Yadim » Program Jelajah Ramadan YADIM Perlis

Program Jelajah Ramadan YADIM Perlis

PADANG BESAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis meneruskan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini.

Terbaharu mereka bergandingan dengan stesen radio Perlis FM, syarikat Adabi Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd dan Tenaga Nasioanal pada 3 Mei menganjurkan program Jelajah Ramadan di Dewan Kampung Titi Tinggi Hulu di sini.

Pengisian program termasuklah memasak dan mengedar bubur lambuk kepada penduduk di kawasan ini.

YADIM turut menyampaikan 20 set barangan keperluan harian kepada asnaf yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini.

Hadir ke program ini ialah Ketua Bahagian Rancangan Perlis FM, Nor Suriawati Abd Naser dan Parameswari Muthiah juga dari Perlis FM. YADIM Perlis diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Ustaz Zuhri Hussain.

Program ini adalah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *