Home » Citra Yadim » Sumbangan Khas Prihatin PKP Covid-19 Parlimen Jerai

Sumbangan Khas Prihatin PKP Covid-19 Parlimen Jerai

JERAI – Covid-19 masih berada di sekeliling kita dan belum menunjukkan tanda reda.

Malah di negeri ini, kerajaan kini menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lima daerah bagi membendung penularan wabak ini.

Pelaksanaan PKP sudah tentu memberi kesan yang bukan sedikit kepada orang ramai, lebih lebih lagi asnaf dan golongan B40.

Cakna dengan situasi tersebut , Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pantas tampil menghulurkan bantuan.

Dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Darul Aman Care, Pertubuhan Kebajikan Al Faizin Dan Jabatan Perpaduan Negara, seramai 40 warga emas dan asnaf disantuni dalam satu majlis di Surau Pondok Haji Majid di sini.

Hadir ke majlis ini ialah Ahli Parlimen Jerai, Yang Berhormat Ustaz Sabri Azit, Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara Daerah Yan, Puan Nasrita, Pengerusi Pondok Haji Majid, Ustaz  Mohamad Ismail serta wakil wakil komuniti.

Selesai acara di dewan, peserta program juga hadir menziarahi asnaf yang memerlukan di kediaman mereka untuk menyampaikan sumbangan.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *