Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk komuniti Muslim Sungai Melut

Sumbangan untuk komuniti Muslim Sungai Melut

SEPANG – “Terima kasih YADIM, kami harap sumbangan dan hubungan antara kita berkekalan,” ujar wakil guru Sekolah Kebangsaan Sungai Melut (A).

Demikian reaksi diterima kami dalam acara penyerahan sumbangan kepada komuniti Muslim kawasan ini.

Sebanyak 44 set barangan  keperluan harian disampaikan kepada penduduk.

Setiap mereka juga menerima sedikit wang tunai daripada YADIM.

Barangan berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Hadir sama ke acara ringkas penyerahan itu ialah Tok Batin Kampung Sungai Melut, Mat Ajin Anak Waya serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Melut (A), Alpikri Murid.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *