Home » Citra Yadim » Edaran bubur lambuk untuk kakitangan penjara dan Balai Polis Mambau

Edaran bubur lambuk untuk kakitangan penjara dan Balai Polis Mambau

MAMBAU – Sebanyak 350 pek bubur lambuk diedarkan oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Negeri Sembilan dengan kerjasama Surau Ar Raudhah Taman Kelab Tuanku Mambau pada 7 Mei.

Edaran kepada kakitangan penjara dan balai polis Mambau itu turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Terdahulu pada 5 Mei pula telah diadakan sesi ziarah dan agihan bubur lambuk dan barang dapur di Block 9 Felda Raja Alias 4 Jempol Negeri Sembilan.

Hadir ke program program mengimarahkan Ramadan ini ialah Pengerusi Sukarelawan SAY Negeri Sembilan, Ustaz Haji Abd Latif Mohd Yunus.

Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *