Home » Citra Yadim » Program Ziarah Dan Sumbangan SAY Kuala Langat Di Pulau Carey

Program Ziarah Dan Sumbangan SAY Kuala Langat Di Pulau Carey

PULAU CAREY – Pulau ini menjadi lokasi terbaharu program bersama rakyat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat.

Seramai 20 asnaf dari kalangan mualaf di sini disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai oleh SAY Kuala Langat diketuai pengerusinya, Hasmawi Mahidin.

Turut disampaikan ialah kurma YADIM oleh SAY Kuala Langat.

Hadir sama ke program yang berlangsung pada 9 Mei ini ialah Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin.

Selesai di pulau ini, mereka meneruskan program di Jalan Sukepi di Jenjarom menyantuni dua beradik Orang Kelainan Upaya dan seorang wanita yang diserang angin ahmar di Kampung Kebun Bharu.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *