Kembara bermotosikal sambil menyantuni yang memerlukan

SIJANGKANG – Sambutan kemerdekaan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada tahun ini menyaksikan mereka mengadakan acara kembara bermotosikal sambil menyantuni golongan yang memerlukan di sini. Diadakan dengan kerjasama Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) di sini, acara ambang merdeka dimulakan dengan bacaan selawat dan munajat yang diadakan di ruang legar rumah tersebut pada 30 […]

SAY Kuala Langat, Kelab Bola Jaring Sijangkang rancang kerjasama santuni masyarakat

KEBUN BHARU – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 19 Jun telah menerima kunjungan Kelab Bola Jaring Dewan Undangan Negeri Sijangkang yang diketuai oleh Cik Norazizah Fadli. Dalam pertemuan ini, kelab tersebut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan SAY Kuala Langat dalam program program menyantuni masyarakat khususnya di daerah ini. Tertarik dengan usaha proaktif SAY Kuala […]

SAY Kuala Langat terus prihatin

KEBUN BHARU – Memasuki hari ke 8 Ramadan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala langat terus bergerak aktif menyantuni masyarakat setempat dengan menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur,buah kurma dan sedikit wang tunai kepada anak-anak yatim,ibu tunggal dan warga emas. Tidak ketinggalan disantuni ialah sebuah keluarga lima beradik Orang Kelainan Upaya(OKU) di sini. Program pada 10 April […]

Sumbangan pembasmi kuman di Warung Anim’s

KEBUN BHARU – Menyantuni masyarakat tidak semestinya memerlukan acara besar dan gilang gemilang. Yang lebih utama ialah impak inisiatif yang dijalankan dan masyarakat menerima manfaat hasil program yang diadakan.   Pada 27 Februari, Sukarelawan YADIM telah mengadakan acara ringkas penyampaian botol pembasmi kuman kepada pengunjung sebuah warung popular di sini.   Diwakili Pengerusi SAY Kuala […]

20 keluarga memerlukan terima sumbangan SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Pada setiap Jumaat, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak lupa untuk menyantuni anak-anak yatim,ibu tunggal dan warga emas. Pada 18 Februari menyaksikan seramai 20 keluarga disantuni oleh SAY Kuala langat menerusi agihan pek makanan siap dimasak. Pengerusi SAY Kuala Langat,  Hasmawi Mahidin turun padang mewakili pasukan tersebut bersama ahli jawatankuasanya, Encik Rasid […]

Agihan SAY Kuala Langat setiap Jumaat

KEBUN BHARU – Setiap Jumaat Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah lupa untuk mengagihkan pek makanan siap dimasak kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta warga emas. Inisiatif terbaharu agihan dilaksanakan pada 21 Januari di kampung ini  dan Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang. Seramai 20 buah keluarga telah disantuni […]

Sumbangan SAY untuk anak yatim, warga memerlukan di Sijangkang dan Kebun Bharu

SIJANGKANG – Menyantuni mereka yang memerlukan amat dianjurkan Islam, lebih lebih lagi kepada anak anak yatim. Meskipun sekadar barangan dapur, telur dan air mineral, ia tetap membawa keceriaan kepada penerimanya. Sumbangan kepada Pertubuhan Rumah Anak – Anak yatim Sijangkang yang diusahakan sendiri oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat ini disampaikan pada 17 Januari dan diterima […]

SAY Kuala Langat santuni 4 keluarga di Kebun Bharu

SUKARELAWAN Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga yang memerlukan di Kampung Kebun Bharu pada 12 Disember. Diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin, pasukan ini saban minggu aktif menyantuni masyarakat di daerah ini. SAY Kuala Langat juga mengalu alukan orang ramai yang ingin bekerjasama dengan mereka dalam pelbagai program bersama masyarakat.

Kongsi Rezeki SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sesi persekolahan kembali dibuka. Bagi yang kurang berkemampuan, ia sudah pasti memerlukan belanja tambahan. Prihatin dengan keadaan ini, SAY Kuala Langat pada 19 November menyampaikan sumbangan makanan bermasak kepada 30 keluarga anak yatim di sekitar kawasan ini serta di Kebun Bharu dan Kampung Medan. Tidak banyak, namun setidaknya ia dapat menzahirkan senyuman di […]